Friday 15 June 2012

Assalammualaikum


Tadi dapat hadir majlis Ilmu ..sedikit catatan dari apa yang saya dengar :


1. Amalkan dalam membuat setiap kerja dengan bacaan Bismillah .. semoga mendapat keberkatan dari Allah..ulasannya panjang tapi secara ringkas begitulah....


Sampaikan pada anak-anak amalan ini ..baik sebelum belajar , membaca dsb..Isha Allah ada keberkatannya dan berkesan.


2. Satu kisah benar yang diceritakan dari pengalaman beliau semasa zaman remaja seperti berikut -


Satu ketika semasa beliau menolong bapanya kerja di kampong....membersihkan kebun pisang ..tiba-tiba beliau tercantas sarang tabuan !Bayangkan ajelah ... larilah beliau sambil dikejar oleh ratusan tabuan hitam yang sangat merbahaya....hanya maut yang terbayang dibenaknya....


Beliau ketika berlari ..terfikir ..apa patut dibuat ?Lalu terlintas untuk meniarap di atas tanah sambil membaca Al Fatihah dan Ayat Kursi..dan beberapa ayat lain....dengan kehendak Allah ...ratusan tabuan yang terbang disekitar tempat beliau meniarap ..beransur-ansur terbang semula kesarangnya..


Itulah satu kelebihan membaca ayat-ayat suci ketika dalam bahaya menurut beliau..


Jadi lazimkan kita membaca ayat-ayat suci di mana saja ..


Nasihat buat yang taip ni dan sapa-sapa yang sudi baca..


Wassalam


Mohamed


Video - Killer Bees !

No comments:

Post a Comment