Tuesday 26 June 2012

Friday 22 June 2012


Assalammualaikum

Tak lama lagi bulan Ramadan akan tiba eloklah kita
ulangkaji sikit berkenaan persediaan bulan yang mulia itu.

Berikut beberapa ceramah berkenaan - Puasa !





Assalammualaikum

Terfikir untuk menukar alamat blog ini kepada ...selagimasihbernafas ..nasib baik  .. blogger ..terima !

Apa patut kita buat - Selagi Masih Bernafas ?

1. Mensyukuri nikmat ini...

2. Mengamalkan apa yang disuruh dan jauhi apa yang dilarang.

3. Buatlah perkara-perkara yang berfaedah

4. Kepada yang masih di U dan pelajar-pelajar ...tuntutlah ilmu hingga berjaya .Fokus pada pelajaran ..dan jangan lupa tugasan harian sebagai pelajar muslim..Isha Allah akan dipermudahkan oleh Allah.

Secara ringkas - Buatlah Apa Yang Allah Suruh !

Kalau kita renung sungguh-sungguh .. setiap saat kita dapat sedut udara ni..makan sekali-kali ..minum pun sekali-kali.. tapi oksigen setiap detik ..dari keluar dari perut ibu hingga ....tidak kah itu satu rahmat yang perlu kita syukuri ?Semoga jadi renungan yang menginsafkan....

Ini nasihat buat yang taip blog ni dan sapa-sapa yang sudi baca blog ini.

Sambil buat hilangkan penat selepas mesyuarat ....

Wassalam

Mohamed



Sunday 17 June 2012

Ceramah Sempena - Israk dan Mikraj






Semoga menambah keimanan kita !

Wassalam
Mohamed
Assalammualaikum


Coba kita renung sejenak perkara berikut


- Isha Allah kita boleh hidup beberapa lama tanpa teman .....


- Kita boleh terus hidup beberapa hari tanpa makan atau minum air...


- Tapi tanpa OKSIGEN berapa lama kita boleh hidup ?


Kerana itu BERSYUKURLAH dengan nikmat Allah yang diberikan ini...setiap saat kita menyedutnya..


Kalau kita renung dalam-dalam Isha Allah kita akan insaf.....


Wassalam


Mohamed





Assalammualaikum

Malam tadi dapat mengikuti Ceramah berkenaan Israk dan Mikraj.

Satu pesanan yang elok kita fikirkan bersama :

Zaman sekarang ni..gunakan apa-apa kemudahan yang kita ada untuk membantu agama suci kita seperti

1. Semua kita ada hand phone - jadkanlah untuk menyebarkan apa-apa perkara yang berfaedah untuk umat Islam.

2. Laptop dan pelbagai lagi gadget komunikasi - semua itu pun boleh digunakan untuk membantu agama kita.

3. Laman-laman sosial - pun berguna untuk sebarkan info berkenaan agama.

Selain wang ringit , masa , fikiran serta tulang empat kerat ...semua itu elok digunakan untuk membantu agama kita...

Sama-sama kita renung.

Wassalam

Mohamed

Friday 15 June 2012

Assalammualaikum


Tadi dapat hadir majlis Ilmu ..sedikit catatan dari apa yang saya dengar :


1. Amalkan dalam membuat setiap kerja dengan bacaan Bismillah .. semoga mendapat keberkatan dari Allah..ulasannya panjang tapi secara ringkas begitulah....


Sampaikan pada anak-anak amalan ini ..baik sebelum belajar , membaca dsb..Isha Allah ada keberkatannya dan berkesan.


2. Satu kisah benar yang diceritakan dari pengalaman beliau semasa zaman remaja seperti berikut -


Satu ketika semasa beliau menolong bapanya kerja di kampong....membersihkan kebun pisang ..tiba-tiba beliau tercantas sarang tabuan !Bayangkan ajelah ... larilah beliau sambil dikejar oleh ratusan tabuan hitam yang sangat merbahaya....hanya maut yang terbayang dibenaknya....


Beliau ketika berlari ..terfikir ..apa patut dibuat ?Lalu terlintas untuk meniarap di atas tanah sambil membaca Al Fatihah dan Ayat Kursi..dan beberapa ayat lain....dengan kehendak Allah ...ratusan tabuan yang terbang disekitar tempat beliau meniarap ..beransur-ansur terbang semula kesarangnya..


Itulah satu kelebihan membaca ayat-ayat suci ketika dalam bahaya menurut beliau..


Jadi lazimkan kita membaca ayat-ayat suci di mana saja ..


Nasihat buat yang taip ni dan sapa-sapa yang sudi baca..


Wassalam


Mohamed


Video - Killer Bees !

Gambar import pertama dalam sedapnyaoksigen !


Semoga semuanya OK !

Abang hanya doakan semoga segala-galanya OK !



Copy dari FB - sumbangan Pn Hakimah ..dari postnya di FB.


Thursday 14 June 2012

ASSALAMMUALAIKUM 

Apa kabar semua ? Harapan kita semua tentunya

a. Sihat
b. Selamat
c. Bahagia bersama dengan .....keluarga dsb....
d. Dan macam-macam lagi ...harapan kita yang baik-baik

Blog baru sekadar lanjutan blog lama saya yang dah padat ...tiptip...elok saya buat baru...

Itulah seronoknya buat blog ni....sebenarnya ada blog yang kita boleh buat..lepas tu kita ' sorokkan '  ..hanya
penulis tu saja yang boleh buka...atau kita boleh bagi sesiapa saje yang kita setkan....jadi pada pengamatan saya .. elok di pelajari cara buatnya.

Maknanya banyak gunanya - simpan data peribadi , kod-kod perbadi ..maklumlah zaman sekarang masing-masing ada KOD-KOD rahsia....cuma Tuhan ajelah yang tau....

Sambil iklan sikit - sapa nak belajar buat Blog atau Web boleh contact saya... itu part time sayalah..

Tapi sedia maklum macam Face Book juga ...jadi gunalah untuk yang baik-baik ...paham-paham ajelah

Nama blog ni pun agak aneh....walaupun begitu .sebagai mensyukuri nikmat Allah yang kita sedut selalu tanpa henti ...OKSIGEN...kalau kita renung ...masa kita tidur .. tak sedar ... badan kita sedut O2 ni..
dari kita lahir ....tak berhenti ..sampailah .. tak tau ...hanya yang bagi Oksigen ni saje  lah yang tahukan kerana itu nama blog ni di ambil sebagai rasa syukur kerana dapat menyedut Oksigen!

Wassalam

Mohamed
Tmn Daya


Video - Bagaimana Oksigen masuk ke tubuh kita ..

Elok kita renung kekuasaan Allah ini